DI RUMAH ANDA SENDIRI!
Kaedah pembelajaran secara berfokus hanya kepada kesayangan anda. Tiada lagi situasi beramai-ramai di dalam kelas atau tak sempat nak tanya cikgu. Semua ini boleh diatasi dengan anda klik butang dibawah.

1 to 1
Pengajar tumpu kepada pelajar seorang saja.

Komunikasi
Komunikasi dua hala pelajar dan pengajar

Fokus
Tumpuan kepada kelebihan pelajar.
"Kini belajar lebih menyeronokkan!"

Pengukuhan
Pengukuhan topik khusus yang merisaukan pelajar.

Keselamatan
Dijalankan dikawasan kebiasaan pelajar.

Trafik
Tidak perlu bersesak untuk hantar anak tuisyen.
Kenapa Kami?
Mari kami jelaskan mengapa anda patut memilih perkhidmatan kami sebagai pembimbing anak anda.

Pengalaman
Kami sudah berpengalaman lebih 6 tahun mengendalikan perkhidmatan tuisyen di rumah pelajar ini.

Tutor Berkualiti
Bagi menyediakan perkhidmatan terbaik, proses pemilihan tutor dijalankan secara berstruktur dan ketat.

Pemantauan Berkala
Kami tidak hanya menyediakan perkhidmatan. Kami juga memantau perjalanan tuisyen anak anda.

Sistem Tersusun
Kami percaya kekemasan sistem memainkan peranan yang besar dalam membantu pelajar-pelajar kami.
UPSR
PT3
SPM
Apa Kata Para Pelanggan Kami
Dibawah ialah sebahagian dari maklumbalas yang kami terima dari para pelanggan kami.

Tutor membuat persediaan dengan baik sekali. Penerangan yang diberikan telah membantu anak saya konsep Matematik yang tak dikuasainya sebelum ini.

Tutor yang dihantar amat baik sekali. Tutor berkomunikasi dengan cara yang mudah difahami dan bersedia. Sangat sangat recommend untuk para pelajar lain.

Menepati masa, sopan dan sangat friendly. Anak saya sangat selesa dengan kelas ini dan keputusan peperiksaan menunjukkan peningkatan.

Tutor amat komited dalam menjalankan tugasnya dan dapat menarik perhatian anak saya yang pemalu serta kurang keyakinan diri.
Anda nak rasai pengalaman seperti mereka? Hubungi kami sekarang. Konsultasi adalah PERCUMA!

Soalan Yang Kerap Ditanya
Kami ringkaskan disini antara soalan-soalan yang biasa ditanyakan kepada kami. Namun, anda amat dialu-alukan untuk menghubungi kami untuk pertanyaan lanjut.
Tutor-tutor kami ada yang dari kalangan guru sekolah dan ada yang bukan guru sekolah. Tapi semua calon yang memohon sebagai tutor dinilai dan ditapis dengan cara yang sama. Atas faktor pemilihan yang ketat kami dapati tutor yang dipilih adalah amat komited tidak kiralah tutor ini dari kalangan guru sekolah atau bukan. Kesungguhan dan komitmen adalah antara perkara utama yang kami nilai semasa pemilihan dan semasa tutor berkhidmat.
Kelas home tuition ini berjalan dengan cara tutor akan ke rumah pelajar dan ajar pelajar dalam rumah pelajar sendiri. Ada sesetengah klien kami lebih suka buat kelas di tempat-tempat awam seperti perpustakaan, masjid dan lain-lain. Kami hormati permintaan ini asalkan tempat ini selamat untuk semua pihak. Pembelajaran juga dirangka sesuai dengan diri pelajar kerana tidak semua cara sesuai untuk semua pelajar. Ibubapa/penjaga pula amat dialu-alukan untuk memberikan maklumbalas serta cadangan demi penambahbaikan dan yang paling penting demi kebaikan pelajar-pelajar.
Kami merupakan syarikat konsultansi home tuition dan kami bukan ejen home tuition. Ini bermakna kami memantau, mengkaji dan mengusahakan untuk penambahbaikan pencapaian anak-anak Tuan/Puan secara konsisten dan berterusan. Kami memiliki individu-individu yang bertanggungjawab untuk menjaga kualiti perkhidmatan yang diberikan dalam pelbagai sudut. Selain mempunyai sistem yang tersusun, kami juga menekankan soal pendekatan yang sesuai dengan diri pelajar.