Tips UPSR: Tips Menjawab Soalan Kertas 1 Matematik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Peperiksaan percubaan UPSR sudah semakin hampir. Ini ialah tips untuk menjawab soalan matematik kertas 1.
0
TIPS UPSR: Tips Menjawab Soalan Kertas 1 Matematik
 
1
1. Masa yang diberikan untuk menjawab Matematik Kertas 1 ialah satu jam. Uruskan masa menjawab sebaiknya. Satu soalan maksimum masa menjawab ialah 1 minit 30 saat.
 
2
2. Soalan 1 hingga 20 selalunya lebih mudah berbanding soalan-soalan seterusnya. Oleh itu, latih diri sebelum peperiksaan untuk menjawab soalan 1 hingga 20 dalam masa kurang dari 10 minit.
 
3
3. Semasa menjawab soalan-soalan ini, anda mungkin akan terjumpa soalan yang sedikit susah. Tinggalkan soalan-soalan yang susah untuk dijawab kemudian dan jawablah soalan-soalan mudah dahulu.
 
4
4. Bagi melancarkan proses menjawab soalan, pastikan anda terlebih dahulu memahami serta mengingati konsep-konsep matematik yang berkaitan dengan baik dan tepat.
 
5
5. Untuk mendapat markah penuh, soalan perlu dijawab dengan tepat dan mengikut kehendak soalan. Maka, bacalah dengan teliti dan fahamkan soalan sebaiknya. Gariskan kata kunci atau keyword kepada soalan tersebut.

 

Klik link untuk kami bantu pencapaian anak anda dalam percubaan UPSR tak lama lagi –> https://www.wasap.my/60183170988/syoknyahometuition